entry yg sedikit sedih hari ni
actually, entry ni dah draft few days ago
tp baru hari ni berkesempatan nak publish
since problem plak nak copy dr fb
mama ni fb mmg jrg bukak
paling2 pun seminggu sekali
so, kebetulan hari rabu lepas, sesaje je bukak
tengok2 ada tag dari my xclassmate Rad @ Azie
Dapat berita sedih tghari td. Salah satu kwn rapatku Julia&Jimmy, anak bogsu mereka telah meninggal dunia. Kematian akibat leukimia. Baru di suspek sakit 2minggu lepas. Tak sangka begitu cepat anak kesayangan mereka telah meninggalkan keluarganya ketika umurnya baru 2thn. Kali terakhir ku berjumpa sewaktu sambutan Hari Ibu. Aku berkesempatan menyuap arwah makan. Anaknya yg comel memang manja dan ceria seperti kanak2 lain. Tak sangka mlm itu lah kali terakhir buat ku. Sekarang suamiku tgh uruskan pengkembumian arwah di perkuburan keramat yg akan dikebumikan mlm ini. Aku di rumah cuma dpt sedekahkan bacaan yassin buat arwah. Tak dpt kubayangkan kesedihan yang ditanggung oleh Julia dan Jimmy atas pemergian anak bongsu mereka. Aku harap mereka dpt sabar dan kuat ats ujiannya. Arwah skang ahli jannah dan pasti akan tunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga. -Al-fatihah- :((
anak yg baru berusia 2thn masih kecil lg mungkin baru pandai berjln. Tp tuhan lebih menyayangi beliau. Arwah yg berbaju kuning tu. Comel sgt. Julia&jimmy sebaya kita. Harap diaorg tabah menghadapi sume ni.
Laki aku citer, masa pengkebumian mlm td...suasana amat sayu. Laki aku masuk liang lahat berdua dgn bapa arwah. Arif yg bukakan muka dan uruskan segala dibawah.sbb bapa arwah mcm nak pengsan...mungkin terlalu lemah semangat..muka arwah besih suci..yelah kanak2 yg tak berdosa...aku dgr citer menitik air mata. Aku ngan arif jd insaf sgt.
Sunday at 10:09am · Flag
ina, aku dpt tau...masa arwah saat2 akhir idup..masa tu parents otw bwk arwah pegi klinik damai melawati, dlm keta tu juga arwah hembus nafas terakhir. Masa tu kat pangkuan mak dia. Mata di tertutup rapat...waktu arwah tgh nazak..sempat buka mata nangis sebut "ayah!!" pastu terus meninggal..air mata arwah mengalir je ketika itu...ya allah!!..aku dgr cite memang meraung gilerr...patut lah aku tgk ayah dia nampak sedih sgt especelly waktu kebumi...mungkin dia teringat anak dia panggil nama dia saat2 akhir tu...walahualam.
Marilah kita berdoa semoga roh dicucuri rahmat...Amin
Marilah kita berdoa semoga roh dicucuri rahmat...Amin
Monday at 12:17am · Flag
aku buat entry ni bukan niat nak membuka citer dan pekung kwn aku pd publik. Tp sekadar peringatan buat kita semua. Agar kita sama2 beringat....Sayangi lah anak2 kita serta keluarga dan org2 yg tersayang selagi mereka masih ada. Sbb kita belum tau bila Allah akan membawa mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya....Marilah kita berdoa yang terbaik untuk keluarga kita. Utk julia aku tau dia takde FB. Aku harap dia akan terus bersabar untuk menghadapi hari2 mendtg. :((
Monday at 12:27am · Flag
sedih & terkejut sebenarnya
xsangka seawal ini arwah Nurul Atiqah Najwa dijemput Allah
setiap yang berlaku adalah ujian dari-Nya
berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul
semoga julia & jimmy tabah dlm menghadapi ujian yg satu ini
arwah yg berbaju kuning..
June 12 at 9:00pm · Flag
arwah yg berbaju pink..
ni plak masa kali pertama & terakhir kami sekeluarga jumpa arwah
ni masa kenduri kat rumah syima (my schoolmate & classmate kepada ayah arwah)
1st time jugak mama jumpa jimmy selepas 13 thn tinggalkan alam persekolahan
(cam dah tua je bunyinya...)
kat majlis tu, arwah sama aktif ngan budak2 lain
mama paling ingat yg arwah ni mmg xlekang dengan pacifiernya
mama sempat pikir masa tu, nasib baik ziyad dah xisap puting
kami pun xsempat nak bergambar sama2 since mr photographer pun kami dah nak balik,
baru nak bawak kluar camera...
entry pasal majlis tu disini
Alfatihah...
love each other deeply....
5 blaze of sunshine:
al-fatihah untuk arwah & semoga keurganyer sabar menerima dugaan ini
Al-fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.
alfatihah...insyaallah arwah akan sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat...amin.....
salam takziah buat kawan chekna..
semoga tabah...
Baru 2minggu lepas aku jumpa jj&co. Kira selepas seminggu pemergian adik atiqah. Diaorg ucapkan terima kasih pada rakan2 yang mendoakan mereka sekeluarga. Apa pon Kehilangan arwah masih terasa....Mmg buat pengajaran pd kita semua. Tak tau lah kalo rad berada di tpt diaorg...tak sanggup. Rasa lebih baik kita pergi dulu. tp ajal maut di tgn tuhan...kita cuma dpt berdoa. -Al-fatihah-
Post a Comment