Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

by chekna on Friday, October 05, 2007

I dedicated this to my lovely hubby.. sama2lah kite renungkan bersama k!

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah.... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin! Justeru itu wahai para suami dan isteri, Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.



by chekna on

At last, after 1 1/2 years baru hari ni tergerak hati nak bukak blog. Igtkan dah expired. Hmm.. in 1 1/2 years ni byk sungguh perubahan yg dah berlaku. Nak cite satu2 pun mesti penuh giler kat sini. Just to refresh the memory, kite cite yg penting2 je la kan...

# July - Dec 2006 ---->>> nothing much happen actually. i still attached to KDU. Bz with all the student registration and student files.

# Jan 2007 ---->>> 1/1/2007 - other than normal new year (as years and years before), today means a lot to me. I got enganged! Ramai gak yg terkejut bile bgtau (actually dah dkt sebulan brtunang br bgtau kawan2, hehehe), but it just happend... hopefully he (my fiance ler..) is the one for me..insyaallah.
---->>> Mid Jan 2007 - I tender my resignation at KDU. Got an offer from GLC co in KL. I hope this is the right choice. I definitely will miss all the good times at KDU. To all the staff esp A&B Dept.. keep up a good work, go..go..chaiyok!

# Feb 2007 ---->>> I start work at TH Technologies SB. It's a sub of TH. So far, nothing much to say, just ok (ok je? cam ada something je ni...). the working condition ok, benefits ok, the colleagues pun ok gak. sumenye ok lah. ada la jugak 2/3 benda yg ko, tp masih dlm tahap terkawal lagi, hehehe...

# Mar - July 2007 ---->>> Nothing much happen. cuma masa ni bz buat preparation kawin.

# Aug 2007 ---->>> At last, smpai jugak tarikh keramat tu. 24.8.07 - aku selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hati. rasa cam xcaye plak, sekali lafaz je tu.. tau2 dah selamat baca doa... 25.8.07 - kenduri yg sederhana besar diadakan. tp sedih gak le, kwn2 yg dtg bleh kire ngan jari. xpela, paham, masing2 dah jauh, ada komitment lain lagi. 26.8.07 - kenduri kat family lelaki plak. alhamdullillah sume dah selamat.

# Sep 2007 ---->>> sedar2 dan masuk bln puasa. puasa tahun ni lain skit la, ye la puasa sebagai isteri mana nak sama ngan puasa masa bujang dulu. skg ni sahur dah xmiss cam dulu. tp buka posa still sama, menu pasar ramadhan (hehehe.. xsempat nak masak pun..)

# Oct 2007 ---->>> tau2 lagi seminggu lagi nak raya. sekejap je rasanye. 1st raya sebagai seorg isteri nih..taun depan harap2 dpt raya sebagai seorg ibu plak, insyaallah..