WW - jom menari zapin

by chekna on Wednesday, November 23, 2011

 versi duet

versi single

1st time naik bas

by chekna on Tuesday, November 15, 2011

ni la 1st time bawak ziyad naik bas
mula2 mmg havoc skit la
menangis meraung
meronta2 nak turun
tah apa yg dia takut sgt pun xtau la
bikin malu mama & ayah je....
tp lepas 15 minit
baru ok skit
kejap2 bangun berdiri
hai uncle depan
hai uncle belakang
esoknya pulak
trus xnak turun dah
masa nak balik pulak
bukan main buat macam rumah sendiri
kejap berjalan ke depan
kejap berjalan ke belakang
mentang2 bas jalan slow sebab jem
hehehe.....



konon2 nak buat peace la tu...


kesian
umur dah 3 tahun baru merasa naik bas
tu yg jakun skit tu... :)

jgn jadi mat rempit...

by chekna on

adoiiii....
apa nak jadi tak tau la
blog dah jadi macam biskut
kejap ada entry
kejap xde
hajat di hati nak update pasal peknen lagi
dah miss byk minggu dah ni
gambar pun dah xterambil

sibuk + malas
sibuk kat ofis sebab baru seminggu pindah ke ofis baru
byk brg yg blom unpack lagi
bila balik rumah plak
malas nak bukak lappy
asal pukul 9 malam je
melepek depan tv
penat + mengantuk

so, layan je la koleksi gambar2 masa raya puasa aritu
memandangkan masih belum ditayangkan kat sini
layan je la ye.....


nak merempit pun kena la jaga  penampilan kan...
ada sesapa nak menantu ke???



ok... ada sapa2 nak ikut tak?
tp saya xde helmet ni..
ada berani???



vrommmmmmmmmmmmmmm......................................








lastly
terima kasih atuk
nnti bila balik kg lagi
ziyad merempit lagi ye...

salam aidiladha versi rock kapak...

by chekna on Friday, November 04, 2011

sedar x sedar
lusa dah raya 
rasa macam baru semalam je raya puasa
tup2 dah raya haji pulak...
nasib baik raya weekend
dapat la balik kg
kalo x, beraya kat rumah je la macam tahun lepas
kali ni plan balik kg hubby dulu
petang raya baru balik kg gajah pulak..
walaupun raya haji
rendang ketupat tetap ada
cuma kuih raya je yg x semeriah raya puasa

memandangkan xde entri pasal raya puasa haritu
layan la gambar ziyad beraya ke kampung kelahiran atuk (my FIL)
yg tinggal pun anak sedara di je kat situ...


punya la suka dapat pegang gitar betul
mana nak sama dengan yg mainan punya kan..

 si kakak tu jeles sebenarnya
teringin nak main jugak
biasala, dah dapat kat ziyad
xlepas la jawabnya

main dengan penuh perasaan & penghayatan



macam biasa
nak buat peace tapi xjadi


belakang rumah ni ada bendang
mmg best
berangin je petang2
kalo dapat lepak kat pangkin ni, confirm tertido punya.....



buat semua

 selamat hari raya aidiladha 
& berhati2 di jalan raya
biar lambat asal selamat

SuperKids Love Water!

by chekna on Wednesday, November 02, 2011


nak join, click banner atas tu...
contest due: 10 November 2011


Nama: Ziyad Aiman
Umur: 3thn


||Entry ini ditulis untuk contest di My Super Kids yang ditaja oleh Vitamin ShoppeMy Super VitaminsSihat.Ceria.BahagiaDapur AuladKedai Triple SVitamin Best Deal dan ||

WW - ada gaya tak?

by chekna on Wednesday, October 26, 2011




macam2 aksi

by chekna on Saturday, October 22, 2011

dah lama gambar ni tersimpan kat dlm lappy
xsempat2 nak upload dlm blog
layan kan je
gambar seblom raya lagi
masa sesi try baju raya
layankan je.....



 muka serius tak ingat...macam nak gigit orang je...


 ayoo... mmg susah nak snap gambar ini budak
xreti duduk diam...

 pipi gebus
rambut bak mayang mengurai
guna jari pun boleh....






yg tetap jadi pilihan....

by chekna on Friday, October 21, 2011


mmg sejak mengandungkan ziyad lagi
kami suami isteri mmg mencari doctor p'puan
untuk rawatan sepanjang kehamilan
sampailah ke proses bersalin

xsanggup rasanya nak ngadap doctor lelaki
tambah2 bila melibatkan 'kawasan sulit' kan
lagipun zaman sekarang ni
doctor p'puan pun dah ramai yg buat O&G

siap pergi survey ke 3/4 hospital bersalin sekitar shah alam
walaupun kos agak mahal kalau nak dibandingkan dengan hospital kerajaan
(shah alam xde hospital kerajaan)
last2 jumpa 2 hospital je yg mmg confirm 
doctor p'puan je yg yg akan sambut kelahiran bayi
Salam Specialist Hospital & Hospital Bersalin Annur (kalau x silap, kat sec 7)
tp kami pilih Salam memandangkan hospital yg satu lagi tu 
hanya boleh handle kes kelahiran normal je..
(3 thn lepas la, skg xtau diorg dah cukup peralatan/kepakaran ke tak..)
hospital2 lain
macam DEMC & KPJ Selangor 
ada doctor p'puan & lelaki
walaupun kita boleh pilih nak jumpa yg mana
tp kalau dah emergency tu
mana2 doctor yg available la yg kena handle
kalau dapat doc lelaki, terpaksalah terima
macam kat Salam ni
walaupun masa bersalin tu nnti

doc tu xde (in case bercuti ke apa ke)
the standby doctor will be doctor p'puan jugak
so, no worry pasal ni...

lepas pengalaman pertama bersalinkan ziyad di Salam
rasanya dah macam serasi dengan doctor kat situ
staff2 pun baik & peramah
bilik pun convenient
harga pun consider as berpatutan la...
so, untuk kandungan yg kedua ni
mmg trus pegi sana
doctor tu pun ingat kat kami lagi
maklumlah kes ziyad dulu consider special la jugak kan..
dia siap baca balik the previous report kat kitorg
nak tau apa complicationnya masa bersalinkan ziyad dulu
sila la cari balik entry2 lama ye...:)

*jumpa plak gambar ni kat google


ni la Dr Siti Mariam Sh Ahmad


mmg sejuk je tengok muka doctor ni 
sangat lemah lembut orangnya
cuma xberkesempatan lagi nak bawak ziyad jumpa doctor tu
coz biasa g check up mmg tinggalkan je dia kat nursery

sangat berharap semoga kandungan yg ke2 ni
di permudahkan
aminn....


tummy

by chekna on Wednesday, October 19, 2011

masa 1st preggy dulu
mmg xde nak ambik2 gambar ni
walopun blog ni dah wujud
tp x kuasa nak update pun
rasa menyesal pun ada
skg ni pun rasa menyesal jugak
sebab dah jarang2 update
bukan selalu nak preggi pun kan...

di sebabkan tu la
skg ni kdg2 rasa syok sendiri
ambik gambar sendiri je
bukan xde org nak amikkan
sendiri yg malu nak suruh org amik gambar
hehehe.....


ni gambar 2 minggu lepas @ 19 weeks
dah nampak skit boyotnya
kalau g keje pakai baju kurung 
still bleh cover lagi la
tp bila pakai blouse ke
mmg dah xboleh sorok la


ni plak minggu lepas @ 20 weeks
xbyk beza ngan pun ngan minggu seblom tu
tp kat ofis
org still cakap
tak nampak perut
walopun dah memboyot skit
org akan cakap
"alahai.. keciknya.... "

kecik2 pun, hari2 sakit pinggang tau
mmg bila nak compare ngan 1st pregnancy dulu
mmg skg ni sedikit kurus berbanding dulu
 ye la, dah tinggal tulang je
pastu bila boyot
maunya tak sakit pinggang

bila dah perut boyot ni
mata pun gatal dok ushar2 baju maternity
window shopping online je la
mybe bila dah masuk 6bln nnti baru start pakai kot
skg ni, nak still enjoy
pakai baju kurung, blouse & seluar size s
seluar jeans size 25 pun still boleh masuk lagi
cuma xbleh nak button je la
nasib baik dah dapatkan extender awal2
beli kat mybbstore
skg ni ada less rasanya 
sangat berguna rupanya



An easy and inexpensive way to transform your favourite jeans, trousers, skirts and shorts into maternity clothes


To use: Slip the Belly Belt through the fabric panel. Fasten into your existing trousers or skirt using existing fastenings. Tuck in the panel, then simply add your favourite shirt or jacketEach combo kit contains:- 2 sizes of belly belt button-up (works with skirts andtrousers that fasten with buttons and buttonholes on thewaistband)- 2 sizes of belly belt slide (for clothes that use slide orclasp fasteners)- 3 coloured panels to mix & match

source: mybbstore

this week dah masuk 21 weeks
nnti dah ambik gambar
baru tepek lagi kat sini
hehehehehehe.....

oh ya.. sebelum terlupa
nak wish congratulations kat sorang member ni
baru2 ni dia konvo
pastu dapat tau2 pregnant pulak
double celebration la
so happy for you rad
sebaya la anak kite nanti kan...:)
n take care dear....

WW - Aqil vs Aiman

by chekna on


ziyad yg suka bila dapat jumpa geng
walopun abg aqil tu pemalu orgnya
tu yg macam ngam tu kot
 sorang pemalu
sorang xtau malu ramah tamah
ni antara gambar terakhir sebelum kena potong rambut 

Nilai Seutas Gelang Tangan

by chekna on Friday, October 14, 2011


Satu kisah untuk perkongsian bersama.....

*************************************************

*google


Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis.
Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.
Berikut emel yang dikirimkan :

"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.
Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.
Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.
Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.
Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.
Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.
Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.
Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.
Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.
Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.
Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.
Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.
Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.
Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.
Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.
Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.
Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.
Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.
Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.
Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.
Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.
Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.
Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.
Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.
Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.
Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.
Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.

Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang.

Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.
Wallahualam."

sumber dari sini


jgn lupa baca jugak artikel Zuriat Berkat


kisah abang

by chekna on Tuesday, October 11, 2011

hari ni kite buat entry pasal abang ziyad plak
skg ni dia dah masuk 3thn 4 bulan 
alhamdulillah at last
berjaya jugak mendiaperlesskan dia
ikutkan lepas birthday haritu
mmg ingat nak all out potty train
target before raya mesti dah pass
tp baru 2/3 minggu lepas baru lulus
ingatkan nak buat special entry pasal potty train ni
tp macam xmenyempat je
hehehe.... 

bila dah tak berpampers ni
uniform baru kat rumah mmg berspender je la
jgnkan nak pakai baju sendiri
bila kita nak pakaikan baju pun punya la susah
keluar bilik air je
dan2 tu sibuk cari mainan
pastu kang lari sana sini
xnak pakai baju
last2 berspender je



tp bila dapat tengok boboiboy 
baru la sibuk cari baju
sibuk cari topi
pastu baru la dok terpacak depan tv

bukan stakat nak pakai baju
nak sikat rambut pun payah jugak
nasib baik rambut tu senang diurus
guna tangan pun bolehhhhhhhhh....
sikat ke, xsikat ke, bila kering tu nampak sama je pun...

skarang ni jugak
dia sangat suka berlakon
kejap2 jadi boboi boy
kejap2 jadi tok aba
kejap2 jadi upin ipin
kejap2 jadi cikgu upin-upin
so, mmg hari2 akan dengar dia dok cakap sorang2
kejap2 panggil gopal
kejap2 panggil ehsan, mail
pendek kata semua watak pun boleh la

pastu suka menyanyi jugak
lagu tepuk amai2
lagu twinkle2 little star
lagu row2 your boat
sambil2 dia main dia nyanyi la
tp semua dlm bahasa jerman 
skit2 tu dengar la jugak tang hujung2
yg lain2 tu tahape hape perkataan yg keluar pun xtau

tp perangai mengada2 makin menjadi2
sindrom nak dapat adik kot
bila tanya "ziyad nak baby tak"
selamba je jawab "tak nak baby"
pastu dia yg sibuk berlakon jadi baby
suara tiba2 bertukar jadi kecik
karakter pun bertukar 
nak dok atas riba la
suruh tepuk la
macam2 gaya ada

bila tanya "mana baby?" pulak
dia datang selak baju mama
pastu dia tunjuk perut sambil cakap "baby button..."
padahalnya dia nak cakap belly button je pun
sabar je la...



hmmm.. macamana la nak jadi abang nnti ni........