NEW VIRUS!!!

by chekna on Friday, July 31, 2009

There is a special strain of virus that is more deadly than the H1N1. It afflicts most married men causing restricted mobility, speech impairment, extreme stress, high Blood Pressure, and uncontrolled fits of rage.There is no cure in sight and may stay with the victim forever. It is called B1N1

this is replied with :
Another virus is causing married womenfolk heartache, heartpain and uncontrollable desire to throw all clothes of their spouses out of the window and down the rubbish shaft, besides the strong notion and whim of shoving something else up the shafts of the carriers of the virus or even cutting off pipe streams attached to the carriers .. it is called L4K1.

Cite Basi - Secretaries Week Luncheon Special With... Siti Nurhaliza

by chekna on

Date : 22/4/2009
Time : 12 pm to 3pm
Venue : Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC) Jln Duta

Walopun aku ni bukan secretary, dah 2 tahun berturut2 dpt invitation for Secretaries Week Luncheon. Last year join para secretary THT lunch kat MPC (Malaysian Petronas Club). Makan pun xbest, artis lagi la xbest. Tah minah saleh tua mana tah diorg invite. Tahun ni company save budget (kononnye la..), xde la makan2. Luckily, my boss & i di invite by Tanty (Etiqa Takaful) to join the Secretaries Week Luncheon. With Siti Nurhaliza lagi, makan free, pegi je lah. Padahalnya, aku ni bukanlah di kalangan peminat2 Tok Ti ni.

Punya la ramai org, rasanya ada almost 100 table kot. Kitorg dapat table tengah. Itupun nampak stage performance cam ciput je. Kalo yg dok kat ujung2 dunia tu, confirm kena pakai teropong punya. Nasib baik sound system best. Happening la jugak. Si Dee jadi MC. First performance by the daughter of the late Loga Alleycats. Cute anak dia, sora pun boleh tahan la. Yang syoknya bila time lucky draw. Hadiah gempak2 tu... Raflessia jewellery, hamper from Jackel, Nestle, Brands, and few other sponsors. Yg paling best flight ticket for 2 to Indon (xigt ke Medan/Jakarta/Bandung) and to Qatar/Dubai. Tapi seperti biasa, aku ni mmg xpernah luck. Dah xde rezeki kan. Nak buat camne.......

Hmm.. pasal performance Tok Ti, mmg xdpt dinafikan kebestan nye . Ye la, dah lebih 10 thn menyanyi, kalo x best jugak xtau la kan. Lama gak dia perform, ada la dekat 10 lagu (including medley la..). Tak sangka plak abg Nuar Zain pun dtg rupanya... pandai dia ek, dok diam je kat meja. Takut kena serbu kot..hehehhe.... Tp seperti biasa, aku paling menyampah ngan peminat2 fanatik dia ni. Ada yg dok terjerit2, yg dok sibuk berbaris kat dpn stage nak amik gambar, habis block pemandangan org lain... hello....bukannye ko sorg je yg bayar tiket ok.. Bila Tok Ti kite ni nak turun stage je..berduyun2 peminat dok serbu. Kesian, xsempat dia nak jalan smpai meja belakang....

Layan je la gambar yg ada.. masa ni kebetulan dia turun dekat ngan meja kitorg. Punya la susah nak snap...layan je la............





ziyad on video

by chekna on Wednesday, July 29, 2009


Date : 4 May 09

Location : Kat umah

Activity : Lepak2 sambil tengok tv (Indahnya Iman - Astro Oasis)


Date : 29 Dec 08

Location : Dalam kereta on d way balik kl

Activity : Lepak2, nyanyi2 sambil kacau ayah drive

Ziyad's Fave Song

by chekna on Tuesday, July 28, 2009

Ni le lagu faveret ziyad. Teramat le dia suka bila mama dok nyanyi kat dia lagu ni. Walopun mama suara xmerdu macam buluh perindu, tapi dia suka gak. Siap angkat2 tangan lagi, konon2 cam spider panjat perigi tu. Mama ni xde la pandai sgt nyanyi lagu budak2 kecik ni, nasib baik la dulu keje kat Cambridge Kids, sempat la belajar nursery rhymes ni... nasib baik ingat lagi. Kalo tak mama dok nyanyi lagu buat laju2 je la sampai dia besar.


The itsy bitsy spider went up the water spout
Down came the rain, and washed the spider out
Out came the sun, and dried up all the rain
And the itsy bitsy spider went up the spout again..............

Blue Ribbon - Against Child Abuse

by chekna on

I must be stupid,
I must be bad,
what else could have made
my daddy so mad?

I wish I were better,
I wish I weren't ugly,
then maybe my Mommy
would still want to hug me.
I can't speak at all,
I can't do a wrong
or else I'm locked up
all the day long.
When I awake I'm all alone
the house is dark
my folks aren't home.
When my Mommy does come
I'll try and be nice,
so maybe I'll get
just one whipping tonight.
Don't make a sound!
I just heard a car
my daddy is back
from Charlie's Bar.
I hear him curse
my name he calls
I press myself
against the wall.
I try and hide
from his evil eyes
I'm so afraid now
I'm starting to cry.
He finds me weeping
he shouts ugly words,
he says its my fault
that he suffers at work.
He slaps me and hits me
and yells at me more,
I finally get free
and I run for the door.
He's already locked it
and I start to bawl,
he takes me and throws me
against the hard wall.
I fall to the floor
with my bones nearly broken,
and my daddy continues
with more bad words spoken.
'I'm sorry!' I scream
but its now much too late
his face has been twisted
into unimaginable hate.
The hurt and the pain
again and again
oh please God, have mercy!
oh please let it end!
And he finally stops
and heads for the door,
while I lay there motionlesss
prawled on the floor.
My name is Sarah
and I am but three,
tonight my daddymurdered me.
There are thousands of kids out there just like Sarah. It sickens me to my soul, we have to do something about it!! Take some time to acknowledge that this stuff does happen, and that people like her dad do live in our society, and pray for child abuse to wither out and die, but also pray for the safety of our youth.


*~*~*AGAINST CHILD ABUSE*~*~

1st Aid Training

by chekna on Monday, July 20, 2009

"HR ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kakitangan - kakitangan THT yang telah lulus ujian Pertolongan Cemas & CPR yang mereka duduki semasa menghadiri kursus Pertolongan Cemas pada 20 Mei 2009. Bersama-sama ini disertakan senarai nama kakitangan yang lulus peperiksaan tersebut. Selepas ini, jika ada berlaku kemalangan di pejabat diharapkan agar semua peserta dapatlah menyumbangkan tenaga dan ilmu yang diperolehi."

hahaha.. itulah bunyi email yg my colleague antar to all participants. actually training ni buat 20hb may aritu, tp baru dapat result + sijil. guess what.... nama aku kat atas sekali tu..best scorer gitu. dpt 89marks, elok le pulak sama mark ngan wan ahmady, yg masa training tu dok sebelah aku. hahaha...nampak sgt jawapan dia jawapan ku jua...hehehe........



bersungguh-sungguh nampak?




jeng.. jeng.. jeng....
ni le best scorer yg kiut miut...............

KISAH SINGAPURA DI TIMPA BENCANA

by chekna on Friday, July 10, 2009

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istana Raja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.

Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu.
Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati.
Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak.
p/s: Moral of the story?????