Menjelang Hari Raya....

by chekna on Wednesday, September 16, 2009

Tengok org buat entry pasal raya aku pun sibuk jugak nak buat. Hehehe…nasib baik raya setahun sekali je kan.. Pejam celik, pejam celik, tinggal brape hari je lagi nak beraya, mood keje pun dah xde. Ari2 org dok sembang pasal raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, perabot raya, biskut raya, duit raya, lebuh raya, dah segala macam raya lagilah.. sana-sini pun dok dengar lagu raya je..camne nak ada semangat nak keje? Lagi braper hari je lagi ni, syok bila pikir nak cuti raya.. tp sedih la jugak pasal ramadhan pun dah nak abis. Dah le aku mmg xde can nak gi terawih, sedih gak le pasal xdpt nak manfaatkan betul2 bulan yang mulia ni..ye la mana ada org buat terawih bulan Muharram ke, Safar ke…xpela, aku tumpang pahala terawih hubby je la kot.. bleh ke camtu??

Aku start cuti Khamis petang. Pagi aku masuk ofis smpai tengahari, pastu trus chow. Patutnya aku cuti pas raya je, tp pasal baby sitter aku yg nak blk kg, terpaksa la aku berkorban. Ni pun terpaksa ambik unpaid 1.5 days. Xpe aku yg buat gaji, lambat2 skit le aku tolak gaji. Lagipun bonus pun dah dapat, xrasa la sgt tolak gaji kan. Igtkan dah kena cuti awal boleh la balik kg awal, kena tunggu sabtu gak le, pasal hubby teramat la sibuk. So 1.5 days aku dok lepak je la ngan ziyad kat umah.

This will be a 3rd year aku beraya sebagai isteri and 2nd year sebagai ibu. Sekejap je rasanya masa berlalu… ziyad pun cepat je dah besar. Tahun ni bkn kitorg je xcited nak raya, ziyad pun dah xcited dah, xcited dapat baju baru n kasut baru..brape kali dah dia sibuk nak pakai kasut baru dia.

Kalo ikut aku kasut yg beli masa nak gi Alor Setar aritu elok sgt lagi, mmg kitorg beli untuk pakai smpai raya pun. Xkan setahun nak beli 2/3 pasang kasut. Taun dpn confirm dia xleh pakai punya. Tp mmg rezeki ziyad taun ni, my hubby nak jugak belikan kasut baru kat dia. Yg baru ni pakai 1st raya, yg lama tu 2nd raya n seterusnya.. bleh ke camtu. Macam la jauh sgt nak berjalan. Setakat 4/5 langkah nak masuk rumah dari kereta pun nak bertukar2 kasut ke? Hm.. aku ikut je lah, nak beli sangat, beli la.


Ziyad yg xcited dpt kasut baru..


Siap pusing umah pakai kasut lagi...

Ape yg dibelek lagi tu??

0 blaze of sunshine: