zaman remaja

by chekna on Tuesday, September 14, 2010

saje nak tepek gambar dolu2
zaman muda remaja
ni semua copy dari fb member2



ni geng diploma kat shah alam
kitorg satu group organize seminar
speaker dia yg hensem kat tengah tu la
skg ni dia dah jadi VC pun
itulah dia Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
3 ladies dari kiri tu semua bloggers
yg lain2 tu berfb je...



ni plak geng masa degree
kat shah alam jugak
diorg ni ramai yg junior 
pasalnya dulu pas diploma xtrus masuk degree
2nd intake baru masuk balik
tp ada gak le 3/4 orang yg sebaya
bila join org muda ni, kite pun akan nampak muda gak...
hehehe....



ni pun geng degree gak
masa ni dah nak grad
tunggu convo je
kitorg attend program called Hastalavista
best program tu
lebih kurang cam teambuilding program la

bestnya kalo dpt gather2
bila la reunion nak menjadi ni..
asyik fail je....

note: schedule entry lagik...
love each other deeply....

Sardarji is rocking!!

by chekna on Sunday, September 12, 2010

cheer up your day!!








note: scheduled entry. tuan rumah bercuti raya lagi....

love each other deeply....

buat semua..........

by chekna on Tuesday, September 07, 2010

Peringatan Akhir Ramadhan

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).
source: The Reader



love each other deeply....

Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan Iklan Hari Raya TV3 2010

by chekna on Monday, September 06, 2010

tak berkesempatan pun lagi nak tengok iklan ni kat tv
mmg blur la skit bila kat buletin utama iklan ni dah ditarik balik
masuk fb, baru la tau cerita
dah kecoh sebenarnya pasal isu iklan ni
sedikit ketinggalan rupanya....hehehe....
kat ofis pg td plak, dpt email ni
sekadar nak berkongsi info
adakah kebenaran atau sekadar kebetulan???
pikir2kan lah....

**********************

 Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk... ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran





sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism




Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P... erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?




Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

--artikel drp VF..


love each other deeply....

raya dalam kenangan

by chekna on Sunday, September 05, 2010




ni gambar tahun 2008
1st ziyad beraya
tahun tu kami beraya kat kg ayah dulu
usia ziyad masa tu dlm 3bln setengah
montel x ziyad??
mmg x mesra camera betul dia masa tu.. 
hehehehe....
raya tu, ziyad xde baju melayu lagi
 xkuasa nak membazir beli baju melayu kat dia
kalo beli pun harusla pakai sekali je
so 1st raya ziyad berkonsepkan org putih
pakai t-shirt & seluar saje....
:)



yg ni plak, raya tahun 2009
turn kg mama plak
masa ni dah dekat nak raya 
baru la mama & ayah terhegeh2 nak cari baju melayu kat dia
sudahnya, xbanyak choice of colors yg ada
so nak tak nak grab je la yg mana muat 
nasib baik tok ada sebagai penyelamat
dia siap jahitkan baju melayu color maroon kat ziyad
sesuai sangat ngan jubah hitam+pink mama & jubah hitam ayah
sedondon kami anak beranak tahun tu...




ni je baju melayu yg kami jumpa sesuai ngan dia
yg lain tu, xmuat & warna xcantik
masa ni kami dah blk ke kg ayah 

tahun ni kali ke3 ziyad beraya
awal2 lagi mama dah tempah baju melayu kat ziyad
yg bestnya sedondon ngan baju raya mama & ayah jugak
mesti hensem anak mama nnti kan
harap2 ziyad behave raya nnti ye
barulah bleh collect duit raya banyak2 
hehehehe.......

love each other deeply....

rambang mata di bulan posa

by chekna on Friday, September 03, 2010

bulan2 puasa ni
mmg selalu rambang mata
rambang mata tengok makanan kat pasar ramadan
rambang mata tengok baju lawa kat shopping complex
rambang mata tengok kuih raya pun ye jugak



antara kuih raya yg jadi perhatian
seblom ni dah beli 5 jenis
2 jenis dah selamat masuk perut pun
3jenis lagi dah bawak blk kg last week
skali kakak tu dtg bawak kuih lagi, sapu lagi 3 jenis
terlupa plak seblom puasa aritu ada order 2 jenis lagi dari ofismate
campur kerepek lagi yg blom dapat
kek lapis lagi
adoiiiiiiiiiii............. tetiba cam banyak plak
 xpelah, bleh bawak blk umah MIL
 haruslah muntah kuih raya camni nih!!!


love each other deeply....

kad raya semakin lupus???

by chekna on

dulu masa zaman muda
(zaman sekolah/study ... skg ni dah ada anak 1...) 
suka beli kad raya
esp yg ada gambar cantik2
kartun yg klakar ke

skg ni, kad raya ni macam dah xde makna dah
esp bila dah ada email, hp
so, wish pun kat email/sms je
cepat & mudah

tp tiap2 taun company akan bagi kad raya
so, bleh la antar kat sape yg kite suka
xkisah la yg berkenaan ngan keje ke
personal contact ke
so, kalo dpt kad raya pun, mostly dr business contact je la pun
macam2 design ada
cantik2 belaka

tahun ni kad raya kitorg
lebih kurang cam taun lepas gak
simple je


taun lepas mmg xguna untuk personal pun
so taun ni selain dari business contacts
berjaya jugak antar kad raya untuk 
parents
(walopun baru blk kg minggu lepas..hehehe...)
parents-in-law
mak/bapak sedara
doctor O&G yg sambut ziyad masa bersalin & paed jugak
xclassmates 
(2/3 org je pun.. yg lain xjumpa alamat plak..malas nak korek dlm kotak.. hehehe...)



baru je pos last week
harap2 dpt sampai before raya hendaknya.........

love each other deeply....

merdeka!!

by chekna on Thursday, September 02, 2010


di suatu petang sehari sebelum 31 Ogos,

isteri : bang, jiran2 kite semua pasang bendera kat depan rumah
suami : bis tu??
isteri : rumah kite je xde bendera
suami : alah, nak pasang bendera apanya, kite kan org sepanyol, bukan org malaysia pun...
isteri : ?*&%#





love each other deeply....