raya haji taun ni balik rumah MIL dulu. macam taun2 lepas, biasanya time raya haji mmg xberjalan ke mana pon. dok melepek kat rumah je.. nak2 lagi musim ujan cam skg ni..
nak berjalan pun malas. Atuk n opah pas solat raya dah sibuk g tempat korban.
mr hubby dr pagi raya dok belek cik teh, pas solat raya, antar cik teh gi dobi,
dah balik dobi, sambung polish kat rumah plak. lepas solat jumaat, sambung lagi polish.
kalo cik teh tu xberkilat lagi, xtau lah nak kata pe..
mama plak, cam biasa dok main kejar2 ngan ziyad je la, ziyad gi lari dapur mama kejar..
ziyad lari gi depan, mama kejar lagi..camne la mama xtinggal tulang.
ziyad plak, bukan main suka lagi main kat kerusi malas atuk, kat kabinet opah,
kat bilik acu, kat rak buku atuk.. sume dia nak main.
tu la aktiviti kitorg di hari raya aidiladha yg mulia ini...
hari ke2 raya baru blk ke kampong tok & tokwan.
kat sini, kalo time musim buah mmg meriah..
kiri kanan org dok jual durian, rambutan, manggis, sume ada...
bestnya raya kali ni, rambutan dpn rumah bukan main meriah lagi berbuah.
pokok kecik je, tp buah nya marvelles...
di pendekkan cite...
bersiap2 nak blk ke subang pagi ahad tu.
dah siap2 pack sume, ngan rambutan satu guni, campur n durian lagi..
campur daging korban sikit...
bergeraklah kami balik ke subang jaya pukul 11pg camtu.
hari tu mmg panas, matahari pun boleh tahan terik gak.
ziyad pun dah selamat belayar...maklumla pagi tu xcited sgt nak blk kot..
bukan main awal dia bangun.
mama pun dah ala2 mengantuk la jugak..
masa tu keta bleh tahan byk la jugak kat jalan raya,
tiba kat atas jambatan sultan yusof, kete proton iswara dpn tu tetiba brek,
mama dah nampak dah. tp apa tah mr hubby tu dok berangan,
dia bleh laju je, dah dekat baru nak brek.
mana nak sempat..tau2 dummmmmmmmm............
cik teh cium iswara merah tu.
yg iswara tu plak, gi cium keta honda depan dia.
pas sembang punya sembang, all the owners decide to settle luar je.
masing2 nak rushing, xyah buat report polis. leceh.
pas amik contact masing2, berlepas la kitorg blk ke subang
dengan cik teh yg agak rongak gigi depan dia..
hmm... dah le rumah baru lepas kena pecah, ni keta plak...
byk tul korban taun ni..
korban duit...
isk...isk...isk...
dah xde rezeki kan... nak buat camne kan...
redha je la...
cik teh yg telah kembali ke bentuk asal