kisah abang

by chekna on Tuesday, October 11, 2011

hari ni kite buat entry pasal abang ziyad plak
skg ni dia dah masuk 3thn 4 bulan 
alhamdulillah at last
berjaya jugak mendiaperlesskan dia
ikutkan lepas birthday haritu
mmg ingat nak all out potty train
target before raya mesti dah pass
tp baru 2/3 minggu lepas baru lulus
ingatkan nak buat special entry pasal potty train ni
tp macam xmenyempat je
hehehe.... 

bila dah tak berpampers ni
uniform baru kat rumah mmg berspender je la
jgnkan nak pakai baju sendiri
bila kita nak pakaikan baju pun punya la susah
keluar bilik air je
dan2 tu sibuk cari mainan
pastu kang lari sana sini
xnak pakai baju
last2 berspender je



tp bila dapat tengok boboiboy 
baru la sibuk cari baju
sibuk cari topi
pastu baru la dok terpacak depan tv

bukan stakat nak pakai baju
nak sikat rambut pun payah jugak
nasib baik rambut tu senang diurus
guna tangan pun bolehhhhhhhhh....
sikat ke, xsikat ke, bila kering tu nampak sama je pun...

skarang ni jugak
dia sangat suka berlakon
kejap2 jadi boboi boy
kejap2 jadi tok aba
kejap2 jadi upin ipin
kejap2 jadi cikgu upin-upin
so, mmg hari2 akan dengar dia dok cakap sorang2
kejap2 panggil gopal
kejap2 panggil ehsan, mail
pendek kata semua watak pun boleh la

pastu suka menyanyi jugak
lagu tepuk amai2
lagu twinkle2 little star
lagu row2 your boat
sambil2 dia main dia nyanyi la
tp semua dlm bahasa jerman 
skit2 tu dengar la jugak tang hujung2
yg lain2 tu tahape hape perkataan yg keluar pun xtau

tp perangai mengada2 makin menjadi2
sindrom nak dapat adik kot
bila tanya "ziyad nak baby tak"
selamba je jawab "tak nak baby"
pastu dia yg sibuk berlakon jadi baby
suara tiba2 bertukar jadi kecik
karakter pun bertukar 
nak dok atas riba la
suruh tepuk la
macam2 gaya ada

bila tanya "mana baby?" pulak
dia datang selak baju mama
pastu dia tunjuk perut sambil cakap "baby button..."
padahalnya dia nak cakap belly button je pun
sabar je la...



hmmm.. macamana la nak jadi abang nnti ni........

3 blaze of sunshine:

World of Azketom said...

hehehe. lelaki mungkin lambat sikit. tapi anak bertuah saya diaperless masa umur cukup-cukup 2 tahun. Jimat banyak duit pampers apaknya!!

qistinasafiah said...

..setuju dengan World of Azketom. Qistina hari tu pun cukup2 2 tahun di'diaperless'kan..berjalan jauh je masih dipakaikan takut 'ter..' hehe..

Ziyad memang comel. Aunty dapat bayangkan aksi2 ala2 manja Ziyad tu :P Sementara baby belum keluar, enjoy manja puas, ok? :)

chekna @ mama ziyad said...

mybe ada betulnya kot, kat nursery ziyad tu pun ada yg 1.5 yrs old pun dah diaperless, girl jugak... tp sepupu ziyad yg both girls, paling awal pun 4thn, full diaperless masa 5 thn.. padahalnya cakap semua dah lancar dah..

ziyad ni problemnya xnak bercakap, tu yg susah skit nak train tu..