rezeki kami

by chekna on Thursday, April 29, 2010



kalo dlm  previous entry cite pasal house hunting
syukur alhamdulillah, nampaknya xlama lagi merasa la kami dok umah sendiri
yuhu.....bestnya... xsabar pun ada
walopun sedikit pening pikir nak kena start packing
pikir nak cat kaler apa rumah baru tu nnti
pikir nak cari langsir baru, carpet baru
nak merasa gak berdeko-dekorasi
pastu nak kena survey nursery for ziyad lagi
uishh...macam2 nak buat ni nanti
pening..pening..pening..

cite skit pasal pencarian rumah baru aritu
actually, kitorg mmg biasa kat area tu
pastu pikir, best gak kalo beli umah kat sini
memandangkan umah tu dah siap
harusla kena beli dari tangan org kan
walopun kire 2ndhand, tp still consider baru lagi
coz diorg yg pindah situ pun baru setahun
survey punya survey, dpt la satu rumah ni
tengok rumah, location sume ok
submit loan & dah approve pun
tup2..owner tu xjadi jual plak
bukan le cancel trus, diorg nak pospon ke taun dpn katanya (2010 la tu..)

sedikit keciwa pasal mmg nak cari rumah kat area situ
cari lagi kat area lain, tp cam xbraper sesuwai...
at last.. last month kot
owner tu call balik, tanya interested lagi x
diorg plan nak pindah mid year tahun ni & harga pun telah di'up'kan
hmmmm... jenuh gak pikir aritu
nak amik ke xnak..nak amik ke xnak...

setelah puas pikir punya pikir...kitorg decide nak amik je
coz nnti pun kitorg dh xyah susah2 nak renovate
cabinet/wardrobe sume dah ada
bila compare ngan rumah yg kosong, pastu  nak renovate lagi
rasanya lebih kurang je
so, kitorg pun start la apply loan to bank M

since masa apply last year loan clear je, x expect kali ni problem plak
bukan problem loan, tp problem ngan valuer
valuer bank tu xleh upkan harga rumah tu ke harga yg owner tu letak
harusla frust.. byk gak tu nak kena top up
dah le kena byr 10% deposit, pastu kena top up lagi
mana nak korek duit

actually, dah nyaris2 putus asa dh nak beli umah tu
nyaris2 nak bgtau kat owner to let go kat org lain je
alhamdulillah, saat2 tu jugak dpt sorg contact dari bank C
yg kata boleh dpt loan dgn harga tu
& bersyukur jugak coz owner rumah tu yg begitu understanding
sanggup tunggu & siap bagi contact lagi
padahalnya SD pun offer nak beli ngan harga yg lebih tinggi

dah mmg namanya rezeki kami sekeluarga kot
alhamdulillah semuanya lancar
agreement bank/lawyer pun sume dah ok
EPF withdrawal pun dah buat
10% deposit to owner pun dah bayar
paling lewat pun by early June kitorg dah boleh pindah
the owner akan pindah mid May ni
in fact wife & anak2 dia dah pindah pun
tinggal the husband je

meaning that, tak lama la tu
so kepada warga lavender residents
nntikan kami di kejiranan baru anda............




above all..love each other deeply....

another mumblings

by chekna on Wednesday, April 28, 2010




setelah dekat 2 hari internet connection agak bengong kat ofis
at last ari ni dah ok balik
tensen tul.. nak surf net bleh, tp xleh nak log in 
patutnya entry pasal 1SK Family Day tu monday lagi nak publish
tengok2 sangkut
ari ni baru ok

apahalnya beria2 nor pasal family day tu??
ai..dah namanya committee... support la skit kan
1st time nih nak join aktiviti kekeluargaan camni
sesekali nak bersosial ngan mommy2 bloggers yg glamer di luar sana
hopefully function tu nnti berjalan lancar 
&  yg paling  penting mendapat sambutan
to my partner in crime.. kak dian & zai (xsure adik/kakak)
xsabar plak nak jumpa korang
asyik dok bertenet kat email je kan
ok..dahhhhhhhhh............g sambung keje...


love each other deeply....

Lets Bling Bling on Mother's Day!!

by chekna on



Bling..bling??? apa tu??? 
nak tau, kena la join 
macam2 ada..........

1Superkids Club Launching & Family Day
Bila??? : 9 May 2010 at 2pm – 6pm
masuk FOC ok!! 

Kat mana???
Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong 

For registration click here http://mysuperkids.net/contact/ 
or email to mommy[at]fahry.net

plz include your details as Full Name & Brape org yg nak join
Sebab pe kena register???

100 keluarga pertama yg register akan dapat doorgift istimewa & 
50 keluarga pertama plak akan dpt special participant tag

p/s: walk in pun boleh, tp xdpt doorgift nnti sape nak tanggung??


Apa aktivity menarik hari tu nnti??

**Pelancaran 1SuperKids Club House
**Aktiviti multi-skill untuk anak-anak – face painting, 
interactive story telling, origami, felt craft dan mewarna.
**Talk dan demo daripada Malaysian Baby Wearers (MBW).
**Bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR.
**Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati (model, usahawanita, duta Avon).
**Bling-Bling Race yang semestinya heboh!
**Demonstrasi dari Bling AutoSpa. Kilat kereta?

lagi????

**PHDC. Yeah it’s the PLAYHOUSE DISNEY!
**Clowns and balloons (Yea ada 2 clown ok!!)
**Press. Oh yeah, event ini akan mendapat liputan pihak Harian Metro, 
Mingguan Wanita,NUR dan Pa&Ma
**Bintang AF akan turut serta!
**Peluang bertemu blogger yang tersenarai dalam 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend
**shopping di gerai2 yang mengambil bahagian

aktiviti2 yg sangat sesuai buat semua
untuk mama/papa/anak2
yg bujang pun boleh join
no hal punya
jom serbu ramai2........

courtesy of mommy lyna MBP


love each other deeply....

'Baby & Me'

by chekna on Monday, April 26, 2010





love each other deeply....

tampal sana sini

by chekna on Sunday, April 25, 2010


ni sebenarnya aktivity 2/3 minggu lepas
mama mmg simpan benda ni dah lama
dapat free pun
tp terlupa, bila jumpa baru teringat




ni le rupa serious ziyad baru bangun tido
(sila abaikan background agak berserabut tu..)
nak mandi cam awal lagi
so mama bg ziyad can nak ber'deko2 tolocar dia 
apa yg di'dekonya tu??'


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*







gebunya jari dia.....



ginilah hasilnya 
since ziyad suka aktiviti tampal-menampal ni
pasni mama cari lagi sticker banyak2
jgn tampal dinding rumah sudah........




love each other deeply....

si mayang mengurai

by chekna on Saturday, April 24, 2010

since lahir, rambut ziyad xde la tebal sgt pun
ala2 je la
minggu ke2, ziyad telah berjaya dibotak licinkan
since then, xpernah potong rambut to date
pada usia 1thn 10 bulan
ni lah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




hubby n i mmg plan nak biar dia rambut panjang je
coz, tengok budak2 yg rambut panjang cam cute je kan
cam kat iklan tv tu


lagipun bila pikir2
xtau la camne nak potong rambut dia ni
nak potong kuku pun kena time dia tidur
itupun selalunya dia sedar gak
pastu dah macam kena histeria gayanya
ni pulak nak potong rambut
harus la berperang nanti

luckily, rambut ziyad ni nipis je
walopun panjang, tp nipis
xde la panas sgt kan
kalo tebal, harus la potong jugak kan

tp bila dah rambut panjang ni 
ramai plak cakap cam ggirl
entry dulu pun dah cite dah pasal ni actually
kalo dulu masa baby xkisah sgt la kan 
org kan selalu confuse antara baby boy & girl 
ni dah besar pun org bleh confuse lagi 
bukannya mama bg ziyad pakai skirt
tshirt kaler pink satu pun xde

cam last 2 weeks kot
masa kitorg g sign agreement kat putrajaya
dah siap bangun nak balik
baru mamat cimb tu ckap
'la..anak ko ni boy ke?? ingatkan girl...'

pastu 2/3 hari lepas
ayah bawak ziyad g kat gerai makan area depan umah 
sorang pompuan siap cakap kat anak dia yg kecik skit dr ziyad la
'bye..bye.. kat kakak..'
kakak???

cantik-ayu-jelita sgtkan anak teruna mama ni??





love each other deeply....

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

by chekna on Friday, April 23, 2010

renung²kan & selamat beramal~!

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

        "Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
        "Mengapa?" balas saya.
        "Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

        Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

        Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
        Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
        "Oh ramai encik."
        "Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

        Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
        "Kakak, boleh saya bertanya?"
        "Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

        "Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
        Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

        Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

        Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
        "Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
        "Maksud encik?"
        "Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
        "Tidak pernah saya terfikir begitu encik."

        "Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
        "Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
        "Maksud kakak?"

        "Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
        "Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

        Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
        "Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."

        Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
        "Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

        Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
        "Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
        "Pasti ada! Insya-Allah."
        "Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

        "Subhanallah!"
        "Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
        "Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

        "Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
        "Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
        "Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

        "Maksud encik?"
        "Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
        "Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

        Giliran saya pula tersenyum.
        "Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

        "Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
        "Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan."
        "Maksud encik?"

        "Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
        "Kenapa?"
        "Kita akan sakit jiwa!"
        "Kenapa?"
        "Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

        "Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.
        "Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
        "Ah, kita terlalu ego."

        Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?


love each other deeply....

ziyad the sailor-boy???

by chekna on Thursday, April 22, 2010


pe'el terbaru ziyad bila makan kat kedai adalah
minum...amik straw ..kacau2 air tu..pastu minum lagi..
pastu kacau2 ngan straw lagi...dan lagi..dan lagi...
so, kesimpulannya.. 
jgn order air
kalo x, makan sesudu, minum..minum..& minum..
makan 2/3 sudu, minum dah abis segelas




kadang2 dia main straw camni..





ada iras x???

pesanan pihak yg xpernah ditaja: 
1. aksi di atas adalah berbahaya bagi kanak2/bayi, so adult supervision is highly recommended.
2. merokok & yg seangkatan dengannya adalah sangat2 berbahaya okeh!! 
so, jgn le sibuk  nak cari nahas, hisap lolipop je la..itupun xleh byk2 coz nnti kena kencing manis  plak

love each other deeply....

si comel insyirah

by chekna on Sunday, April 18, 2010

sape si comel ni insyirah ni??
yg pastinya bukan adik ziyad ye...
ziyad tetap the only one and only
buah hati pengarang jantung mama ye sayang...

kitorg jumpa baby montel busyuk2 masa balik kg last 2weeks 
kebetulan mak dia ada hari sukan kat sekolah
mak dia ni cikgu
antar le kat rumah my MIL
my MIL mmg bbsit insyirah since 3bln kalo xsilap
skg ni dah 5bln lebih rasanya
bukan main montel lagi
kaki tangan xreti dok diam
dok berkayuh je
tp pendiam ya amat
haram xdengar suara
pemalu ngan abg ziyad kot

hmmm... abg ziyad plak
sikit pun dia xheran ngan insyirah ni
dia buat hal dia je
sombong la abang ziyad ni
mentang2 la insyirah xleh bangun & lari2 cam abang
xnak kawan insyirah ek..



camne bleh salah alignment ni?? layan je la.. yg penting comel kan??
nyamuk pun geram, siap tinggal tanda kenangan lagi kat pipi tu..hehehe..




amboi, jeling pe tu???

above all..love each other deeply....

entry paling sexy....

by chekna on


lately.. bila nak snap gambar ziyad
suka sangat dia buat mulut 
cam kat bawah ni





lagi...






dan lagi...........





cam sexy je kan bila mulut ziyad camtu
cam actress hollywood pun ada
xcaya..?? jom kite intai tengok...
antara calon2nya...




 Angelina Jolie




Hayden Panettiere




Jennifer Lopez



  
Jessica Alba




Keira Knightley


semuanya sexy2 belaka
tp sapa yg paling sexy????


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


amacam?? sexy tak anak teruna i ni???
hahahahaha.........


above all..love each other deeply....

Buckle up!

by chekna on Friday, April 16, 2010




masa drive pegi keje pg td
dengar celoteh fbi & fafau kat hot fm
cite pasal seatbelt
walopun dah diwartakan kena pakai seatbelt belakang
seatbelt kat depan ni pun ada yg ambik xkisah
tu la..kadang2 pelik ngan org Malaysia nih
punya la berbudi bahasa, bersopan santun
tp bila kat jalanraya...trus bertukar
segala lemah-lembut, sopan santun hilang sume..
hon sana-sini
memotong ikut suka hati
bila cakap org kite ni kurang ajar di jalanraya
tau marah plak

ok, berbalik pasal seatbelt td
biasalah, bila dh dpt membebel ni
mmg agak lupa dunia skit
trus tukar tajuk terus...
ok..kite berbalik pada cite seatbelt td
semua org dah tau, seatbelt blakang mmg byk faedahnya
tp biasalah org kite ni kan
benda yg baik mmg susah sgt nak amalkan
kalo benda yg xelok tu, berebut2 nak buat
apa susahnya pun
benda tu memang dah adakan
clik je la

myself sendiri..i admit
kadang2 je pakai seatbelt blakang ni
stakat gi kedai mamak or subang parade yg 10 min je dr rumah
biasanya xpakai pun
tp kalo g jauh skit tu, ada kesedaran la jugak nak pakai

cam ziyad plak
mmg dah diajar since baby lagi
dlm kete trus dok kat seat
and buckle up
even bila mama ambik dari umah bbsitter
mama letak je dia kat tempat duduk blkg
trus dia dok kat car seat
tp xpakai seatbelt la coz rumah pun sekangkang kera je..

satu lagi, since ziyad baby lagi
kalo nak naik keAlign Centerte
mama & ziyad mesti jadi bos kat blakang
biar ayah yg jadi driver
coz kalo accident bahaya
dah byk jadi..ada yg tercampak keluar
paling2 tercampak kat dashboard
walopun stakat emergency break
tp still ada impact
so, sebagai langkah berjaga2
baik dok blakang & pakai seat belt
bukannya rugi apa pun
jgn sampai dah terhantuk baru nak terngadah





love each other deeply....

i love surprises!!

by chekna on

walopun dlm entry lepas
ada sedikit perasaan kejelesan yg agak melampau
coz xdpt tiup lilin & potong kek kat ofis
terubat jua la kejelesan tu
diorg pulak yg pakat dok jeles kat i
hehehehehe...
masing2 bila lalu dpn my department
masing2 dok intai
pastu sibuk nak menyinggah 
jeles la tu....
hehehehehe....
best..best..best..

so, since isnin lepas
benda ni la yg jd teman setia kat ofis
masih merah & berbau segar lagi
rasa cam nak bawak balik umah
tapi takut hancur dek ziyad je nanti
hmm...tengok la nnti
kot2 keadaan dah agak selamat
 boleh la bawak blk kot..

to my dear lovely hubby
i love ur surprises ok
kalo buat tiap2 taun pun xpe
tp xsyok plak nnti, dah xsurprise lak kan
2/3 taun skali ok kot
hehehe...

ni le lebih kurang gambaran mende alah tu





*
*
*
*
*
kite close up skit



i love red roses...

*******************

di kesempatan ni jugak nak ucapkan time kasih kat sume kawan2
atas ucapan yg xternilai harganya
xkisahla yg wish kat fb, email, sms, etc
terima kasih atas ingatan korang semua
walopun bukan semua yg baca blog aku ni
apa yg  penting
i luv u all bebeh!!





love each other deeply....