Kebajikan anak yatim adalah fardu kifayah

by chekna on Monday, May 23, 2011

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Kedua-dua hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.

Sebagai umat Islam, adalah satu kewajipan menitikberatkan hak penjagaan anak-anak yatim termasuk tempat tinggalnya. Sepatutnya mereka diberi layanan istimewa seperti yang disebut di dalam al-Quran dan hadis.

Sekiranya mereka tidak diberi layanan yang sewajarnya, besar kemungkinan kita terdedah kepada kemurkaan Allah s.w.t. kerana mengabaikan satu golongan yang hilang tempat bergantung.



takziah buat semua mangsa2 tragedi
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

AL- FATIHAH

4 blaze of sunshine:

cheqna said...

moga kesemua mangsa ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah
amin

chekna said...

amin......

dear anies said...

begitu terasa bla ada statement mengatakan rumah anak2 yatim tu x berdaftar dgn JKM. apa rasional nyer kuar statement d kala org sekelilingnya menangisi apa yg terjadi?

Serius hot! WFTXO@#$%&*!

chekna said...

berdaftar ke xberdaftar ke, anak yatim ke tak yatim ke, apa bezanya? 16 nyawa yg terkorban tu tak bernilai ke? sedih bila masing2 menunding jari ke sana sini... dah terhantuk baru nak terngadah...