wordless wednesday............

by chekna @ mama ziyad on Wednesday, April 27, 2011





playgroup week 4

by chekna on Tuesday, April 26, 2011


again, gambar semua dicilok dari blog teacher wati
bleh tengok full entry kat sini 
tema minggu ni
I love grandpa & grandma
ataupun I love atuk & opah
I love tokwan & tok

kali ni
ziyad ok lebih kurang half and hour je
pastu dia dah mula cranky
satu masalah ngan ziyad ni
tidor lewat camne pun
pukul 7 mesti dia akan bangun punya
so bila dah bangun awal2 pagi
bila masuk tengahari
dia mula la moody
dah penat main dari pagi kan
story session, ants on the apple, dancing, problem solving session
semua dia xlayan
time main baru nak join
itupun main ikut suka dia je
ziyad's rule.....




masa art session pulak
dia main touch n go je
conteng skit
pastu lari
conteng lagi skit
lari lagi




cantik tak?
hmmm... mmg la cantik
ayah yg tolong siapkan
hehehehe......


seblom balik
kite mengorat dulu...
alahai.....ziyad..ziyad...

sessi playgroup yg panas...

by chekna on




bila xde gambar yg nak ditepek kat sini
mood berblogging pun ke laut la
ditambah lagi ngan masa yg very limited kat ofis
so, hasilnya cam biskut la jugak
kejap ada entry kejap xde
:)

layan je la gambar yg dicilok dari blog teacher watie ni
playgroup week 3
tema minggu tu brother and sister
full review bleh tengok kat sini
memang minggu yg agak panas
siap berpeluh sakan la
rasa cam crowded sgt je masa tu
10 kids yg join class
campur mak ayah dah jadi double
campur ngan atuk-nenek, sedara-mara, adik-bradik, sepupu sepapat
yg sama datang2 tengok
mmg panas
aircond pun dah xrasa
ziyad pun cam xbleh nak fokus
teacher dok penat2 story
dia sibuk nak main je
masa activity baru dia join
itupun main ikut suka hati sendiri je


masa mula2 tu, still behave lagi
lepas tu, trus naik sheikh....


bebudak main hula hoop
mak bapak budak
tengok je la sambil telan liur
teringat masa zaman sekolah dulu
masa pendidikan jasmani kan selalu main ni...

minggu ni sama cam minggu2 sebelomnya
ziyad xmo pakai uniform gbob tu
jenuh pujuk
tau2 dia sendiri yg pilih baju yg dia nak pakai..


story session
masa ni ziyad dah mula kehulu kehilir

"ants on the apple" time
ziyad dah hilang kemana2 tah
mama je yg layan....

art time..



artwork
hasil kerja tangan anak2
dengan campur tangan mak bapak la of course...
:)

lama betul rasanya tak tengok filem melayu....

by chekna on Monday, April 25, 2011

tengok wayang jauh sekali
bila dah di tayang kat tv pun
cam boring je filem2 melayu skg ni
nasib baik ada 3 adik bradik yg creative ni
sekurang2nya nampak la skit pembaharuan
dalam industri filem  malaysia ni kan


mmg sejak filem ni ditayangkan
hubby dah bgtau
nnti kalo keluar kat astro first
kite amik nak??
tup2 bila dah kluar promo 
so, apa lagi
trus sms kat astro
dapat la layan cite ni jumaat malam haritu


overall, suka tengok gambar filem ni yg cantik
xrasa cam tengok cerita melayu
esp masa babak perang2 tu
watak org jahat tu pun best
mmg sesuai dapat kat khir rahman
mmg nampak jahat sungguh



cuma rasa cam kelakar
tengok dato' rahim razali berambut putih
dah macam org tua dlm cerita lord of the ring tu je...
macam watak dlm cerita hongkong pun ada jugak....
keras kejung je nampak rambut palsu tu
hehehehe......



yang pasti 
berbaloi jugak la langgan astro 1st ni 
kalo g tengok wayang pun 
2 org dah kena byr dlm RM20 
mana nak cari parking lagi
nak beli popcorn lagi
nak beli air lagi
ni boleh tengok sambil baring2 / makan2
sambil lipat kain pun boleh
gambar pun cantik jugak
yg lagi best, boleh tengok 2 hari berturut2 sampai puas
tp xde kuasa la nak tengok byk2 kali
tengok 1.5 kali je
masa 1st tengok tu
cerita dah start dlm setengah jam
so, bila dah abis tu
tengok la skali lagi
tp xabis pun...

so, out of 5
bleh la kasi 4 bintang
kata best, apsal xkasi 5 bintang je?
hmmmm.... walopun best
tp xcukup best yg bleh buat kami nak tengok smpai 4/5 kali
hehehehe.......
harap2 lepas ni
ada lagi la filem2 melayu 
yg best macam filem ni
adios.........

senjakala....

by chekna on Friday, April 22, 2011

*google
Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)
Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

wordless wednesday............

by chekna on Wednesday, April 20, 2011


*pic credit to watie gbob

thanks to TGV & Nuffnang

by chekna on Tuesday, April 19, 2011

walopun xpernah dpt BE maupun ME ataupun segala macam EEEE 
dari nuffnang
sekurang2nya dapat tiket free camni pun best jugak kan
benda free
harus la suka kan..
terima kasih daun keladi..
kalau boleh bagi la lagi....
hehehehe......



dah mintak tolong despatch ofis tolong ambikkan semalam
sebagai upah, bagi la 2 free pass kat dia
bleh dia bawak tunang dia g tengok wayang
kami baru nak testing2 je 
maklumlah tak pernah lagi bawak anak bujang masuk wayang nih
tah camne la rupanya nnti
ingat nak tengok cerita RIO tuh..
nampak cam best
nak kena cari masa yg org xramai sgt
maklumlah, kalau riuh rendah dlam wayang tu nnti
xde la segan sangat kan..
hehehe......


zaman sudah berubah

by chekna on Friday, April 15, 2011

bulan lepas
bila ambik ziyad di nursery
dapat surat ni dari pengasuh 
rupa2nya surat pasal ni


so skg ni
semua budak2/baby2 kat nursery tu
insurance covered 
hmmm... bagus nursery ni kan
lagi bagus bila parents xpayah satu sen pun
ala macam group insurance yg most company biasa buat la
bukannya staff kena bayar pun kan
tau2 dpt medical card je.......



see.... betapa untungnya budak2 skg ni
lahir2 je
ada yg parents trus beli insurance untuk anak
(yg mampu la...)
pastu yg mana parents kerja
company akan provide insurance to immediate family
(mostly....)
kalo dua2 keje
lagi untung...
pastu campur ngan insurance kat nursery/sekolah lagi
kiranya sana sini ada insurance la
mmg jauh beza ngan zaman kite dulu...
untung btul budak2 skg ni kan........

dalam hati ada taman

by chekna on Thursday, April 14, 2011

ada satu lagi check point yg mama xinclude
yg sudah semestinya destinasi wajib
keluar dari nursery je
terus tarik tangan mama ke arah sana



haaa.. tengok tu
mmg strategic lokasi nursery tu kan
betul2 dekat ngan taman
camne la ziyad xmeroyan kalo mama xbg dia singgah situ
cuma kadang2 tu
xde plak dia tarik mama ke taman
so, mama assume
kalo bbsitter dia dah bawak diorg ke taman
mmg mama bleh trus bawak ziyad balik rumah
kalo stakat main kat laman nursery je
mmg wajib ke taman dulu


*gambar blur, snap dari hp je..


kalo weekend plak
mmg ziyad xnak ke langsung ke taman
dah jenuh ajak
mmg dia xnak pegi punya
once dah balik rumah
mmg xkan ke taman lagi
kalo keluar rumah 
mesti nak naik kereta
maknanya kena g jalan2 naik kereta la tu
bijak..bijak....

masuk tv

by chekna on Monday, April 11, 2011

dah lama gambar2 ni terperuk kat dlm hp
pastu bila dah upload
terperuk pulak dalam draft folder

rentetan dari entry ni --------> playgroup GBOB
kan ada rakaman rancangan IKS 
untuk siaran tv1
luckily masa tu kami xjoin kelas
dapat la tengok kat tv
ziyad pun suka tengok teacher dia kat tv
pastu nampak diri sendiri
siap tepuk2 tangan lagi
hahaha.. suker la tu

layan je la gambar yg ada
cam biasa, snap dari hp je...









muka ziyad byk nampak dari tepi je
coz most of the time
ziyad ni suka lari sana sini
camne muka nak masuk tv?




Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

by chekna on Friday, April 08, 2011


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

bila balik sekolah

by chekna on Wednesday, April 06, 2011

rutin harian seorang budak bila balik dari sekolah (nursery)

biasanya kalo xujan
mmg mama amik jalan kaki je



ada jalan besar2pun
celah2 pokok jugak yg diranduknya
janji xrosak pokok uncle sebelah tu dah le


check point faveret
pili bomba






sempat melawat 'nursery' mama plak
smpai berbunga dah rumput tu
nasib baik xkeluar lalang
tp ahad lepas dah kena mesin dah



satu lagi check point wajib
bukak tutup pintu store

*snap dari hp cap ayam je...