Lauren Booth?? sape tu...

by chekna on Friday, December 31, 2010

dia antara wanita yg menjadi sebutan di tahun 2010
dalam dunia global

Lauren Booth in 1998


in 2010

Lauren Booth, 43 tahun merupakan adik ipar kepada Tony Blair
bekerja sebagai wartawan penyiaran di sebuah stesen tv
telah mengumumkan pilihannya untuk menjadi Muslim
setelah berkunjung ke tempat suci Fatima al-masumeh di Iran

dia sekarang di katakan memakai tudung yg menutupi kepala 
setiap kali meninggalkan rumah
juga mengaku melakukan sembahyang lima kali sehari
dan mengunjungi masjid setiap kali ada kelapangan

lagi cerita tentang wanita ini

bleh baca sini

saling ingat mengingati...

by chekna on Thursday, December 30, 2010

pagi2 dah dapat email pasal ni
saje nak share kat sini
sharing is caring.....



Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat

Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.


Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.


Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.


Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?

Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan muhrim ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?


Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di mana-mana.


Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.



choo..choo...

by chekna on Wednesday, December 29, 2010


memandangkan koleksi kereta mainan yg semakin melimpah ruah
ayah pun belikan la set thomas utk ziyad
ala cap pasar malam je pun
beli kat taman perpaduan 6 bulan lepas
     set tu complete ngan 3 bijik tren ngan railway skali 
 tp railway tu tahan sehari je 
     tren je yg selamat dibawak balik ke sj 
 setelah beberapa bulan terperap kat dlm toybox 
baru2 dia sibuk nak main balik tren tu
tu pun tinggal dua je 
 nak jalan pun dah xbleh 
 tayar pun abis ilang dah  

dah dok merengek2 nak main jugak
skali tu ayah sambung la 2 tren tu


tara................



camni pun jadilah


psssttt... sila abaikan bakul baju & towel yg bergantungan tu ye....


sempat break sekejap, tengok awek cun dulu...



     rak tv ni mmg dah jadi 'playstation' ziyad 
 main tren pun kat sini 
 parking kereta pun kat sini 
 semuanya kat meja ni la
 mmg xde can mama nak kemas langsung.....  

sila jangan ikut aksi ini ye adik2....

by chekna on Tuesday, December 28, 2010

ada satu hari tu
masa tu kami dok bersiap2 nak blk kg
mama kat tingkat atas
mama pun panggil la dia naik atas
sebab masa tu pun ayah dok tengah bersiap kat atas jugak
skali tu mama tengok
dia naik tangga merangkak 
guna tangan n lutut
tertanya2 jugak le
apahal naik tangga dok merangkak ni?

pastu bila nak turun plak
bleh tak dia nak buat cara yg sama
dia nak turun dengan tangan dulu
nasib baik mama ada
mama tengok dia pun cam xbrape confident nak buat sebenarnya
sebab bila nak turun tangga guna tangan
harusla nak terjunam ke bawah kan
alih2 dia pusing
dia turun mengundur plak

(harap maklum, gambar blur coz snap pakai hp)



cara yg sama macam masa dia naik tangga tu
cuma kali ni dia mengundur




akhirnya selamat sampai ke destinasi

tah dari mana ziyad ni dapat idea
ke belajar dari sape2 ke
tah le, mama pun xtau
nasib baik hari tu je dia buat camtu
saje nak test kot..
kalo hari2 risau jugak mama

teringat cerita ju-on plak
 antu tu kat suka merangkak..

erkk... takut......

ziyad join playgroup GBOB

by chekna on Monday, December 27, 2010


sepatutnya dari bulan lepas lagi nak join trial class GBOB ni
tp byk sgt halnya
at last, tercapai jugak sabtu lepas
itupun lewat skit sampai
masa kami sampai diorg dah start kelas
memula, ziyad xnak masuk
pastu teruja tengok classroom yg cantik
ada macam2 deco 
dia pun start la menjelajah
tp xnak join the group lagi
yelah, sampai2 je
ajak dengar story telling
terkejut la kawan tu
dah le semua org dia xkenal kat situ

class hari tu ada 4 orang
including anak Watie sendiri
so termasuk ziyad ada 5 org la
just nice 
ziyad start nak join the group
bila wati start circle time
ada singing session
cuma ziyad ni
agak takut bila wati nyanyi sambil main ketuk2 kayu tu
ants on the apple tu ziyad suka
since then, dia dah start bleh sit down
and listen to wati
walopun kadang2 dia sibuk tengok sana sini
kejap duduk kejap nak berdiri
biasalah, 1st timer kan
yg paling dia suka
dan budak2 lain suka jugak
bubbles time
and parachute play
excited sangat dia 
mama and ayah pun tumpang happy

sayangnya kami xbawak camera masa tu
lgpun, kami berdua sama2 cuba buat ziyad feel comfortable with the new friends
xdan nak bergambar
cuma sempat capture time art session je
nasib baik ada hp buruk mama ni





bukan main bersungguh lagi ziyad mewarna



abis kelas dlm 1 1/2 jam
sembang2 ngan watie dulu seblom balik
siap register untuk start class bln depan

overall, mmg class ni sgt best utk budak2
dan parents jugak
masa memula nak dtg tu, hubby siap cakap nak tunggu je kat bawah
siap  nak bawk paper la 
nak baca la kononnya sambil menunggu
alih2 dia pun join sama
hehehehe.....

xsabar plak nak tunggu next class
nanti mama update lagi ye.... 

Komputer lebih kotor daripada mangkuk tandas

by chekna on Friday, December 24, 2010

*google


TANPA kita sedari, komputer yang sering kita gunakan di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria daripada tempat duduk tandas.
Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Kebangsaan untuk Wanita dan Keluarga Amerika Syarikat itu juga mendapati telefon di pejabat juga mungkin menempatkan lebih daripada 25,000 kuman bagi setiap keluasan satu inci persegi.


Meja serta papan kekunci dan tetikus komputer juga tidak jauh beza. Hakikatnya, pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman di sekeliling kita.
Selain itu, mereka yang terlalu asyik menggunakan alatan membabitkan skrin sentuh seperti telefon bimbit juga harus berhati-hati. Pakar penyakit berjangkit di Australia mendapati alatan skrin sentuh terbukti sebagai satu cara mudah untuk menyebarkan kuman.


Pengarah Penyakit Berjangkit dan Mikrobiologi Universiti Nasional Australia, Prof Peter Collignon, mendapati dalam satu kajian, terdapat risiko yang tinggi penyebaran kuman dan virus daripada permukaan kaca seperti telefon pintar dan iPad kepada kulit manusia.

Penyelidik mendapati, kira-kira 30 peratus daripada kuman pada telefon skrin sentuh disebarkan ke tangan pengguna dan sebahagian kuman terbabit pula akhirnya memasuki tubuh.


"Kuman yang dipindahkan menerusi tangan biasanya kuman yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit, daripada selesema hingga kepada penyakit serius," katanya.

Selain itu, tempat lain yang sering menjadi tumpuan kuman termasuk kelab kesihatan, troli membeli-belah, butang dan sinki dapur.


Troli yang digunakan untuk membeli-belah juga tempat pengumpul bakteria. Bayangkan bilangan orang yang menggunakan troli membeli-belah itu yang setiap hari mengisi pelbagai jenis barangan terutama makanan basah dan apabila tiba giliran anda menggunakan troli berkenaan, ia penuh dengan kuman.


Bermacam butang yang anda tekan saban hari, sama ada butang lif, mesin pengeluaran wang segera (ATM) dan seumpamanya.


Satu kajian mendapati secara purata butang ATM mengandungi 1,200 kuman, iaitu lebih banyak daripada kebanyakan tombol pintu tandas awam.


Mungkin ramai menyifatkan tandas atau bilik air tempat yang kotor tetapi lazimnya, bilik air sering dibersihkan malah dinyah kuman.


Bagaimana pula dengan butang pada mesin ATM? Siapakah yang membersihkannya? Sinki di dapur juga banyak mengumpul kuman. Apa tidaknya, di situ ditempatkan pelbagai barangan termasuk papan pemotong yang mempunyai organisme mikro ditinggalkan oleh daging mentah dan sayur-sayuran.


Apapun, kuman seperti E-coli dan salmonella sebenarnya mudah dihapuskan. Apa yang penting, bersihkan sinki menggunakan pembersih antibakteria selepas menyediakan atau membersihkan makanan.


source: hmetro

hmmm..... pe lagi..
pegi cuci tangan sekarang!!!



Dating eratkan hubungan

by chekna on Thursday, December 23, 2010

*google

SUDAH berapa lama anda dan pasangan tidak meluangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu? Kenapa sebelum kahwin kita berusaha untuk bersiar-siar bersama-sama tetapi selepas kahwin memberikan pelbagai alasan?

Jadi, apa salahnya pada hujung minggu, anda dan pasangan keluar berdua-duaan.
Selain menyeimbangkan masa mahupun mengembalikan nostalgia masa lalu, keluar dating dengan pasangan dapat memberikan ruang dan masa berbual bersama, menyelami hati masing-masing dan memberikan sedikit rasa kemesraan.
Tidak semestinya keluar dating ini memerlukan duit poket banyak, memadailah dengan mengunjungi tempat yang berpatutan dengan bajet anda.
Tapi sebelum keluar pastikan anak-anak diurus dengan sebaiknya atau mendapatkan penjaga untuk mereka.

Aktiviti ketika berdating

- Makan bersama
Tidak kisahlah anda hendak makan waktu apa, sarapan, tengah hari, petang mahupun malam.
Kalau makan malam pastinya ia makan di bawah sinaran cahaya , romantiknya.

- Bermain boling atau ke taman bunga
Bagi yang tidak pandai bermain boling, saat inilah pasangannya boleh memberi tunjuk ajar. Cubalah, pastinya pegangan-pegangan sayang daripada pasangan anda itu menjadi.

- Ambil gambar kenangan
Sediakan kamera untuk merakam gambar kenangan anda berdua. Gambar ini akan meninggalkan kenangan dengan pasangan ketika bersama.

- Menonton wayang
Juga satu kelebihan bagi mereka yang inginkan perhubungan yang hangat. Mungkin boleh menonton cerita yang agak romantik. Bukan cerita itu yang penting tetapi saat bersama itu yang mustahak.

Panduan ketika berdating

- Tampil dengan perubahan
Biarpun tidak memerlukan pakaian yang mahal dan terdedah, penampilan tidak perlu terlaluover. Cukup sekadar dilihat oleh pasangan anda sesuatu yang baru dan menyenangkan hati. Pakailah sedikit mekap untuk penyeri sekiranya anda di rumah kelihatan kusut-masai.

- Berpegangan tangan
Apa yang nak dimalukan untuk berpegangan tangan. Pada waktu ini semua orang akan melihat betapa intimnya anda dengan pasangan.

- Jangan jadi bisu
Pastikan sepanjang bersama pasangan, banyak perkara dibincangkan. Bukanlah perkara yang terlalu berat untuk difikirkan tetapi topik yang menjadikan saat anda bersama itu indah.

source: Utusan

lama giler tak berdating berdua-an
sejak ada ziyad ni
sejak 2 1/2 tahun 
mana pernah tinggal
sana sini bawak je
oh silap...
pernah sekali keluar xbawak dia
itupun sebab nak setelkan hal beli rumah
pegi epf & ofis lawyer
pastu sempat la jalan2 kat midvalley
tu pun dlm pukul 4 dah amik kat rumah babysitter
hmmmm... seriously.. rasa lain macam je bila ziyad xde
walaupun kuat merap
kuat mengada2
tp bila dia xde tu, rasa cam xcomplete je
ye la biasa ber3
bila sekali ber2 tu rasa pelik pun ada


next week plak hubby dah ajak dating ni
nak bawak ziyad ke tak
bawak ke tak
bawak ke tak
tak ke bawak
bawak ke tak
tak ke bawak..
arghhh... dah pening
tolong.................

koleksi saya.......

by chekna on Wednesday, December 22, 2010

hai semua.....
sihat ke?
skali lagi saya nak entreprame dlm ini blog
(bukan selama ni mmg cerita ziyad lagi byk dari cerita mama ke???)


pada sape2 yg xkenal
ni la saya
ziyad aiman yg hensem tu.....
kali ni saya nak bercerita plak
cerita bergambar bleh?
sebabnya saya mmg suka tengok gambar
xkisahla kat dlm buku ke
kat dlm paper ke
kat dlm album ke
saya ni kan budak2 lagi
mmg le suka yg bergambar je
nak baca, saya bukannye reti baca pun lagi
stakat a-z,1-20,alif-ya tu bleh la
ok, back to the story
skali-skala speaking la pulak kan..
maklumlah saya ni kan peminat setia barney & thomas
maafla ye.. saya ni bila dapat membebel camni la
padahalnya td saya ckap saya nak bercerita bergambar kan
oklah
saya nak cerita pasal koleksi saya
apa, ingat org tua je ke boleh ada koleksi
saya pun ada tau
bukan le koleksi setem
atau koleksi fm
tp koleksi ni kereta
tengok ni...............



ni blom campur yg baru beli 2/3 minggu lepas
campur ngan kereta hadiah birthday aritu lagi
tu yg mama bising tu
dia kata dah macam kedai kereta dah kat rumah
sana sini ada kereta
hehehehe.....


pening btul nak susun semua koleksi saya ni....



saya sayang semua kereta saya...
(ye sangat la tu... yg byk dah jadi arwah tu ape plak??)




ada kereta polis


ada kereta antik


lori pun ada tau....


ni plak, antara koleksi kereta racing..
ada sape2 berani nak race ngan saya???
(ayat riak lagi takbur nampak??.....)


macam2 ada...
penat la nak cerita
tengok gambar je la ye....





camni la saya hari2
hari2 main kereta




sekian cerita kereta saya hari ni
majulah kereta untuk negara
dah belilah kereta mainan lagi banyak2 untuk saya...:)


-ziyad aiman-

gazebo hanya untuk org kaya???

by chekna on Tuesday, December 21, 2010

sory kalau ada yg terasa bila baca tajuk entry tu
alkisahnya
last week g la jenjalan kat area sungai buloh sana
yg banyak nursery tuh
bukan nursery budak2 tuh
nursery yg dok jual pokok2 bunga tu
hasrat di hati nak survey kerusi
konon2 nak letak kerusi la kat laman rumah yg sekangkang monyet tu..
hmmm... bleh tahan gak harga dia
musim2 sale ni pun
paling murah RM500++
hmmm... mahal jugak rupanya
pastu saje la gi gatal mulut tanya gazebo plak
dah alang2 kan
kot2 harga lebih kurang
lagi syok lepak kan
tanya harga gazebo yg paling kecik & simple
xde ukir apa2 pun
mmg simple giler design dia
harga RM12000
erkkk......... telan liur je la


try google
ada gak yg murah2
tp murah2 pun
ribu-ribu jugak
hmmm... tunggu la dah kaya raya esok
baru bleh beli
skg ni kite berangan2 dulu la ye...
layan je la angan2 yg blom jadi kenyataan ni...

*sumber sini
yg ni kire murah la jugak
RM3900


*sumber sini
yg ni pun murah gak
RM2600 je
tp kat Kulim


*sumber sini

yg ni nampak je kecik
harga RM5200
kat Nilai 3


so moral of the story
kalo nampak rumah org yg ada gazebo tu
confirm dia org kaya
hehehehe............


rutin harian.................

by chekna on Monday, December 20, 2010

ni le rutin harian saya...


hmmmm... conpius ye
tertanya2 saya tengah tengok apa tu??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
best pulak tekan benda ni banyak2...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 
hari2 saya dating ngan kawan baik saya
thomas & kawan2nya

close up skit...



camtu la saya hari2
sebab tu mama dah xde can nak beronline malam2 lagi
hehehehe.......



-ziyad aiman-