down memory lane.....

by chekna on Saturday, June 25, 2011

sempena bulan june ni kan
bulan besday buah hati pengarang jantung mama
harusla banyak kisah ziyad je kan
kali ni nak tepek
gambar besday ziyad 2 thn lepas
5 june 2009
tp disebabkan hari tu jatuh pada hari jumaat
esoknya baru sesi potong-memotong kek
takde party2 pun
makan2 adik-bradik je...

gambar agak kurang memuaskan 
xreti nak edit bagi lawa
masa tu pun dslr xde lagi
harapkan nikon cabuk mama je la......

kek yg disponsor oleh makcik ziyad (adik mama) yg baik hati...


besday boy yg langsung xde perasaan nak tiup lilin


serious... muka ziyad macam conpius giler je....

seee what i mean.. muka kelat je kan....




lepas potong kek
lepas makan kek
lepas main kek ngan abang2 sepupu
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........................


peace..............no war

by chekna on Thursday, June 23, 2011



rentetan dari iklan entry ngan yin aritu
kali ni nak tunjuk plak
beberapa percubaan ziyad
nak buat peace
jenuh ajar tau
xjadi2


ni masa cuti raya 2010
rambut pun xpotong lagi...:)
tgh berkira-kira jari mana yg nak kena tutup...


ni plak masa besday ayah
bln dec 2010
kat kfc subang parade
satu jari je tinggal....


bulan jan 2011
kat melaka wonderland

sama jugak, dia xreti nak tutup jari tu...
senyum dah cantik dah..

kat taman mini malaysia plak
pun sama.. xjadi jgk...

dan lagi
ziyad yg asyik ngan tangan dia tu...

ni plak bln feb 2011
ziyad bersama kakak2 sepupu
skali sampai sepuluh jari peacenya...

so.. tak taulah bila baru dia pandai buat peace
basically, he knows that
everytime org cakap peace
mesti senyum
mesti kena buat tangan camtu
cumanya...dia xtau camne nak lipat jari2 dia tu...
nasib baik dia pandai buat thumbs up
ada jugak modal nak bergambar kan...



wordless wednesday............

by chekna on Wednesday, June 22, 2011

his masterpiece........



mudahnya nak cuci gambar...

by chekna on Tuesday, June 21, 2011

sejak 3 tahun ni
xpernah cuci gambar
to be exact, sejak ziyad lahir
sekeping gambar dia pun x print2
semuanya simpan softcopy je
kalo masa zaman pakai filem dulu
mmg harus la g cuci kan
sejak semuanya digital ni
pakat upload semua dalam lappy je
printnya tak jugak
berlambak2 folder dalam lappy tu

malas nak pilih pun ye jugak
nak edit lagilah malas
tp akhirnya
kemalasan itu pergi jua...
hahaha......
berjaya jugak mencuci gambar 
untuk simpanan dlm album
yg sekian lama kosong
(hadiah kawin 3.5 thn lepas...)



di zaman yg serba moden ni
xpayah la susah2 nak pegi kedai gambar
online printing berlambak kat internet
click je
semuanya di hujung jari anda
murah pun murah
4R sekeping 0.35 0.30 sen je
5R @ 0.50 je sekeping
x ke murah namanya tu
skali cuci 300 keping kau...
itupun byk lagi yg xcuci
ingat nak buat photobook plak
tp nak kena tunggu promo la
dapat murah skit..
hehehehehehe......




delivery pun free
jimat duit minyak
jimat duit parking
best kan......

rumah baru ziyad

by chekna on Monday, June 20, 2011

skarang ni
ziyad dah ada rumah baru
ada port baru
nak lepak2 sambil tengok cd
nak lepak2 sambil minum susu
nak lepak2 sambil main



gambar ni mama snap dari atas tangga



rumah ni bukan setakat tempat ziyad lepak je
kat sini jugakla jadi stor sementara
yg biasanya menyelamatkan mama
bila ada org nak datang rumah
campak je segala jenis mainan kat dlm rumah baru ni
senang & memudahkan keje mengemas 
dan mmg itu tujuan utama mama beli benda tu pun
biar dia buat semak kat dalam tu
tp biasanya terkeluar jugak 3/4/5 jenis mainan ke luar
tp ok la skit daripada dulu
mata pun xde la sakit sangat nak memandang
kat dlm rumah tu plak jgn cerita la
dah macam tongkang pecah dah....


oh ye..
rumah baru ziyad tu dibeli dari suzie@mama zharfan
byk jugak barang2 dlm blogshop my lil garaje tu
bleh la terjah tengok


*google

patutnya tent ni mmg ada tunnel
tp disebabkan macam menyemak je
so, simpan je la tunnel tu
kalo nak pasang tent together ngan tunnel tu
mmg memerlukan kawasan yg luas
yg mana rasanya xsesuai buat masa ni..
mungkin kalo kami dapat rumah banglo
yg besar baru bleh pasang...
hehehe....


ni plak gambar seblom adanya rumah baru
ziyad biasanya akan baring 
or duduk kat kerusi malas dia tu

tp  malangnya
sejak dia dah tersangkut ngan babytv ni
cd pun dah lama xlayan
aisehhhh... kami nak tengok channel lain pun dah susah
asyik nak babytv je
ingat nak cari cd je la
dulu seblom masuk astro 
babytv ni mmg ada jual dlm bentuk cd kan?
mana nak cari???

one lovely blog award

by chekna on Sunday, June 19, 2011

punya la lama award ni terperuk dalam draff folder
sory kakyong
terlupa nak publish...
hehehe........



syarat award ni plak
nak kena kongsi 7 perkara random tentang diri sendiri…
so layan je la....



1. suka online shopping
macam2 barang yg dibeli
dari botol susu, cd, buku2, baju, handbag, gambar
kalo bleh semua nak online
mudahkan, semuanya di hujung jari
mmg bila dah start membeli tu, rasa cam rambang mata pun ada
tp camne pun, still berhati2 lagi
takut jugak, dah bayar semua, barang xsampai
so far, semua nya ok.. blom pernah terkena lagi
cuma kalo yg agak mahal tu, better cod je
takut nak ambik risiko..

2. pernah jadi cikgu tadika
masa lepas degree
jadi cikgu terjun di Cambridge Kids
pre-school class
asalnya jadi cikgu ganti for 3 mths je
pastu terus sambung sampai 6bln
mmg best keje ngan budak2 ni
bila tengok muka diorg
gelagat diorg
trus hilang penat

3. suka kerja masa cuti semester
asal cuti sem je
mesti cari kerja
pernah keje katering, kilang syampu, kedai dobi, cafe
dok rumah pun bosan je kan
bila keje ni ada la duit poket skit kan
in fact, masa last year diploma dulu pun
keje part time kat cafe nescafe kat bgn menara uitm
ada sape yg study uitm tahun 99/2000?
selalu dok buat air, lap meja, jaga cashier tu i la tu..hehehe....

4. teringin nak belajar berenang
tapi takut tengok air esp laut
tp bila tengok org dok snorkeling
scuba diving
teringin sangat la nak try
tp takut
hmmm... tengok dlm mimpi je la...

5. tak suka makan yg pedas2
bukan sebab xtahan pedas
takut perut cepat meragam
tp sekali-sekala belasah je
teringin jugak kan
tengok org makan sambal belacan
sedap je...

6.  dulu2 masa zaman sekolah 
suka tengok cerita hindustan
ni semua pengaruh kawan2 la ni
ingat lagi, asal hari sabtu je
sibuk dok booking tempat kat bilik tv
nak layan hindustan punya pasal
rutin biasa budak2 asrama

7. pernah gak terjebak ngan demam cerita korea
suatu ketika dulu la....
winter sonata, stairway to heaven, full house etc
sedih2, nangis2, feeling2
cam ala2 cite hindustan la jugak
hehehehe......

ok, done..
so, kali ni nak tag..........

anda semua yg baca entry
sila2kanlah
jangan malu2
tak payah bayar pun
:)

bukan duta "ngan yin"

by chekna on Friday, June 17, 2011

ramai yg suka makan kacang ngan yin ni kan
rasa masin2
rasa lemak2
dapat makan sambil tengok tv mmg syok
mmg asyik....


antara kacang ngan yin 
ngan ziyad aiman
ada satu  persamaan yg sangat ketara



ye, ziyad suka sangat buat tangan cam kat atas tu
sambil tangan camtu
mulut dia either akan cakap best!
or awesome!
or good job!
or great job!
or yes!
(ni semua  pengaruh iphone la ni...)

since ziyad mmg xlulus2 lagi nak buat peace
so, bila nak amik gambar
ayah/mama akan suruh dia buat best
kadang2 x suruh pun
bila nampak ayah nak snap je
dan2 tu dia buat
dan hasilnya sangat memberangsangkan


ziyad ngan pak long

mama & ziyad 


lagi..


dan lagi....

sekurang2nya senang la skit nak snap kan
seblom ni sangat la susah nak snap gambar dia
xreti dok diam langsung
walopun dslr tu bleh je nak snap 
tp xbrape nak cantik la kan
so, ni la trick baru yg digunakan 
everytime nak ambil gambar 

camne ziyad bleh terkenan ngan tangan "ngan yin" tu....
semuanya bermula ngan lagu ni....

i love my mother dearly
i love my father too
Quran tell us quite clearly
that this we all must do
but more that mother father
our kin and all the rest
we all should love Muhammad
and love Allah the best!

ni la lagu yg wajib dinyanyikan 
dalam playgroup
so everytime nyanyi lagu ni
bila sampai part yg last tu
bersungguh2 dia buat best
tu yg terkenan tu.....

wanita tak tahu pasal kereta?

by chekna on Thursday, June 16, 2011


sape baca utusan hari ni?

antara petikan yg menjadi perhatian 
khususnya kaum wanita ................

wanita sering dilabel sebagai hanya pandai memandu tetapi langsung tidak tahu atau tidak berminat untuk ambil tahu tentang kereta yang dipandu.
Justeru tidak usahlah ditanya lebih-lebih tentang penjagaan kereta. Lebih-lebih lagi berkaitan komponen-komponen penting seperti enjin dan sebagainya. Jawapannya pasti mengecewakan.

berita penuh =====> sila baca sini dan sini jugak


*google

sebagai seorang pemandu wanita
saya dengan bangganya
mengaku
memang betul
saya xtau apa2 pasal kereta
tau bawak je
hehehe...:)

isi minyak - kalo x tau baik naik bas/lrt je
pam tayar - boleh la, coz pernah la try pam tayar sendiri, sekali je pun...:)
tukar tayar - x tau
check enjin/bateri etc - pun xtau jugak
lain2 pasal enjin - lagi la xtau....
hehehe......

pengakuan berani mati ni bukanlah mewakili mana2
pihak/persatuan/kelab wanita secara amnya
ini hanyalah pengakuan peribadi
mana2 wanita yg mmg teror bab2 hal kereta ni
mmg gua tabik lu la beb
(ceh.... dah macam ayat kl gangster la pulak..)
korang camne?

1st time bukak hadiah sendiri

by chekna on

lagi pasal besday ziyad
ni kire 1st time la ziyad bukak hadiah sendiri
tahun lepas punya hadiah xde bungkus2
beli2 trus bawak balik trus main
kali ni saje je kasi bungkus cantik2
(org kedai yg buat pun..)



sesi koyak mengoyak pun bermula
tp mama yg lg byk koyak dari ziyad pun
:)



sila abaikan tangan yg kurus kering nampak urat tu ye..




bila dah nampak skit barangnya
dia lagi excited....


sukernya dia...


pening sebenarnya masa nak pilih tu
round toys r us 2/3 kali pun
xtau nak beli apa
so, finally beli la benda yg dia suka
benda yg confirm dia akan main
tanpa jemu
apa lagi
kereta racing la
tp yg ni ada remote 
seblom ni pernah la beli yg camtu jugak
kecik skit la
tp dia xnak main ngan remote
dia main tolak ngan tangan je
lama2 langsung xbleh pakai remote tu
rosak tayar dia bila dok tolak2 manual kan

this time
masa mula dpt2 tu dia main tolak2 jugak la
tp lepas dah tunjuk kat dia guna remote
dia pun try
tau2 dia siap buat drifting lagi
langgar dinding jangan cerita la
kalo kereta betul, confirm xde rupa kereta dah

ziyad siap panggil kereta ni 
'car cantek'

wordless wednesday............

by chekna on Wednesday, June 15, 2011

how fast the time flies.................



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*